BLOGGER TEMPLATES AND Zwinky Layouts »

Sunday, April 24, 2011

Ubat Gigi Banyak Kegunaannye..


seperti yang kita semua sedia maklum kan ubat gigi memang digunakan untuk menggosok gigi
yela sebab ubat gigi selain dari memutih mencerah menghilangkan kotoran 
dalam ubat gigi ada kalsium florida semua tu lah

tak kira laa ubat gigi apa pon kan janji ubat gigi

tapi sebenarnya ubat gigi boleh digunakan untuk kegunaan lain antaranya :

1. Mengurangkan rasa sakit bila kena sengat dengan serangga macam tebuan ke

2. Mengurangkan rasa sakit kalau terkena api kecil , air panas atau melecur

3. Mengecilkan jerawat 
 Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur buat tiap-tiap malam kompem punya hilang jerawat tu


 4. Mengilatkan kuku

5. Sebagai gel rambut apabila gel rambut korang habis laki boleh cuba ni haha

6. Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya sebab bau mint daripada ubat gigi tu


7. Membuang dakwat pen kat pakaian
Gosok kawasan yang terkena dakwat dengan ubat gigi sebelum bilas dengan air 

8. Untuk kasut kulit, ubat gigi boleh membersih dan mengilatkan kasut gosok jangan tak gosok~

9. Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD
 Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.

10. Henghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika kalau berkarat aku tak sure la pulak

11. Membersihkan Casing Monitor/Laptop haa yang ni agak penting
 Letakkan ubat gigi ,campur dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati
then lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati


so, benda ni suma at least dapatla mengurangkan bajet
so, try laa! :D

Thursday, April 21, 2011

Itulah pentingnya English Education..

ITULAH PENTINGNYE 'ENGLISH EDUCATION' "USOP, HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH" 




sekarang sana sini sibuk orang dok kata

"sape sokong kite bako je rumah kak limah tue..
sile angkat tangan macam saye!"


"kite datang nak bako, bukan nak poco2"


"nasib baek wilcha ni hak kerajaan, lau idak da lame da awok lempar ke sunge"


"bukan supervisa, supervisor. Itulah pentingnye English Education.."


"wheelchair bukan wilca.....tu la sape suruh tak amik english education"

"tu la sape tak suruh masuk english education..
kan dah bengap macam ni"

"isshhh...nampok benor nipunye, owg jawe mane tahan sejuk..."
(komen Usop sebaik mendengar kisah dukun Indon berlawan yeti di puncak Everest)

"bukan cushion, keychain"

"happy birthday to me..."

" soley~~ soley~~~"



itu lah antara ungkapan-ungkapan dialog 
oleh si Usop @ SHY8 @ Syed Mohamad Asri 



tapi dialog si Usop yang betul-betul menarik bagi aku ialah 
"itulah pentingnye ENGLISH EDUCATION"

yup memang pentingnya English Education lebih-lebih di waktu zaman sekarang
salah sebut jer pronouncation perkataan bahasa Inggeris 
bila ada orang yang dengar dan tahu apa yang kita cakap akan ketawakan kita
sebab budak sekolah pon tahu sebut macam mana


aku setuju apa yang si Usop tu cakap
betapa pentingnya bahasa Inggeris dikalangan kita
agar kita tidak diperbodohkan dan diperkotak-katikkan 
oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan ke atas kita


hehe perghh memang lawak habislah 
 even movie ni dah lama dah main kat pawagam

tapi budak-budak ni asyik dok ulang jer dialog-dialog tu
especially dialog si Usop tu 
ada gak yang tengok bape puluh kali cerita tu
lama-lama dengar diaorang dok ajuk boring lak aku dengar
tapi nak wat camna aura cerita tu memang power
even movie tu dah lama dah (movie akhir tahun lepas)
tapi kehangatan cerita tu tetap terasa hingga kini dah jadi favorite movie aku dah 




 hehe aku akui aku sebenarnya peminat utama watak si Usop tu
cute jer, dengan lengok tangan dia yang dok tak reti diam tu
hehehe, betul-betul menjadi dan berkesan watak Usop tu
rasa-rasanya watak si Usop tu yang paling menonjol dalam cerita tu






tak sabar nak tunggu sekuel sambungan cerita Hantu Kak Limah Balik rumah iaitu 
'Husin, Mon dan jin pakai toncit'


I made this widget at Umah Mak Bapak Aku Laa, Mane Ag?