ITULAH PENTINGNYE 'ENGLISH EDUCATION' "USOP, HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH"
sekarang sana sini sibuk orang dok kata
"sape sokong kite bako je rumah kak limah tue..
sile angkat tangan macam saye!"
"kite datang nak bako, bukan nak poco2"
"nasib baek wilcha ni hak kerajaan, lau idak da lame da awok lempar ke sunge"
"bukan supervisa, supervisor. Itulah pentingnye English Education.."
"wheelchair bukan wilca.....tu la sape suruh tak amik english education"
"tu la sape tak suruh masuk english education..
kan dah bengap macam ni"
"isshhh...nampok benor nipunye, owg jawe mane tahan sejuk..."
(komen Usop sebaik mendengar kisah dukun Indon berlawan yeti di puncak Everest)
"bukan cushion, keychain"
"happy birthday to me..."
" soley~~ soley~~~"
itu lah antara ungkapan-ungkapan dialog
tapi dialog si Usop yang betul-betul menarik bagi aku ialah
"itulah pentingnye ENGLISH EDUCATION"
yup memang pentingnya English Education lebih-lebih di waktu zaman sekarang
salah sebut jer pronouncation perkataan bahasa Inggeris
bila ada orang yang dengar dan tahu apa yang kita cakap akan ketawakan kita
sebab budak sekolah pon tahu sebut macam mana
aku setuju apa yang si Usop tu cakap
betapa pentingnya bahasa Inggeris dikalangan kita
agar kita tidak diperbodohkan dan diperkotak-katikkan
oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan ke atas kita
hehe perghh memang lawak habislah
cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah
even movie ni dah lama dah main kat pawagam
tapi budak-budak ni asyik dok ulang jer dialog-dialog tu
especially dialog si Usop tu
ada gak yang tengok bape puluh kali cerita tu
lama-lama dengar diaorang dok ajuk boring lak aku dengar
tapi nak wat camna aura cerita tu memang power
even movie tu dah lama dah (movie akhir tahun lepas)
tapi kehangatan cerita tu tetap terasa hingga kini dah jadi favorite movie aku dah
hehe aku akui aku sebenarnya peminat utama watak si Usop tu
cute jer, dengan lengok tangan dia yang dok tak reti diam tu
hehehe, betul-betul menjadi dan berkesan watak Usop tu
rasa-rasanya watak si Usop tu yang paling menonjol dalam cerita tu
tak sabar nak tunggu sekuel sambungan cerita Hantu Kak Limah Balik rumah iaitu
'Husin, Mon dan jin pakai toncit'
0 cool people says:
Post a Comment